1. Apakah jenis emas yang diterima?
Kami menerima pelbagai jenis emas termasuk:
Goldbar
Barang kemas
Surat pajak dari Bank, Ar-Rahnu, atau kedai emas lain.
2. Bagaimana cara menjual emas di Kedai Beli Emas?
Prosesnya mudah:
Datang ke kedai kami.
Bawa emas dan dokumen sokongan (jika ada).
Kami akan menilai emas anda dan memberi tawaran harga.
3. Adakah harga yang dipaparkan termasuk potongan?
Ya, harga kami adalah harga bersih setelah dipotong mengikut ketulenan emas.
4. Adakah perlu membuat temujanji sebelum datang?
Tidak perlu. Anda boleh datang terus ke kedai kami semasa waktu operasi.
5. Apakah waktu operasi kedai?
Kami beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang.
6. Bagaimana saya boleh mendapatkan harga emas terkini?
Harga emas terkini boleh diperiksa:
Melalui laman web kami.
Hubungi kami di WhatsApp.
7. Adakah emas yang rosak atau patah diterima?
Ya, kami menerima emas yang rosak, patah, atau tidak digunakan lagi.
8. Bagaimana kaedah pembayaran untuk emas yang dijual?
Kami menyediakan pembayaran segera melalui:
Tunai
Pemindahan bank
9. Apakah dokumen yang diperlukan untuk menjual emas?
Dokumen yang diperlukan bergantung kepada jenis emas:
Barang kemas: Kad pengenalan
Surat pajak: Dokumen asal surat pajak
10. Adakah terdapat caj tambahan untuk penilaian emas?
Tidak, penilaian emas adalah percuma.